Bagaimana untuk mengenali seseorang itu depresi?
Ini adalah topik yang sangat dekat dengan diri saya, kerana saya merupakan ‘survivor’ depresi. Saya sangat bersyukur kerana setelah melalui proses depresi saya telah berjaya menyelesaikan trauma diri, mengurus emosi diri dan menghadapi proses konfrontasi dlm menyelesaikan menangani ‘bad behaviours’ diri saya sendiri dan boleh menangani ‘bad behaviours’ orang lain. Ini adalah perkongsian ikhlas yang mungkin akan memberi manfaat buat mereka yang memerlukannya. Untuk mengetahui apakah metodologi yang membuat saya berjaya ‘heal’ dari depresi anda boleh membaca di bahagian akhir blog ini dan seterusnya baca proses yang lebih mendalam boleh merujuk pada bahagian blog saya yang bertajuk ‘feeling is knowledge’. Disana saya ada menceritakan lebih teliti apakah metologi yang saya ilhamkan dalam ‘self healing journey’ saya.
Jika seseorang itu ‘expressive’ dengan perasaan mereka atau ada berbaur kesedihan atau berbaur jujur meluah perasaan atau berbaur kegembiraan pun ada banyak perbezaan.
Tidak semua cara luahan perasaan adalah mudah untuk di label atau dikategorikan sebagai individu yang menghadapi depresi (depression). Kadang-kadang yang selalu nampak gembira juga boleh tergolong dalam kategori depresi.
Kebiasaannya orang mengalami depresi akan mengetahui mereka mengalami depresi sehingga masa tertentu dan kadang kala tidak akan menyedarinya langsung. Golongan yang tidak berkongsi perasaan secara terbuka kepada orang terdekat mahupun di media sosial boleh tergolong dan tidak tergolong dalam kategori ini.
‘There is no one way to diagnose a depression individual’ tidak ada satu cara untuk membuat diagnosis. Ini adalah kerana manusia mempunyai banyak personaliti, setiap individu adalah berbeza. Kepelbagaian personaliti ini antara sebab dan punca dunia ini menjadi unik, meriah dengan kepelbagaian tetapi tidak semua orang melihatnya sebagai sesuatu yang seronok kerana atas beberapa faktor kewujudan personaliti tertentu juga telah menyumbang kepada komplikasi didunia ini.
Adakah dunia sepatutnya menjadi mudah jika semua orang melakukan kebaikan dan sentiasa peka dalam menjaga tindakan? (Is the world supposed to be easy when everyone do good and aware with their actions?) Setiap individu mempunyai pendapat masing-masing dalam hal ini. Pencapaian hidup dan matlamat hidup banyak bergantung kepada ketekunan sikap dan pemikiran setiap individu. Sama ada kita merupakan manusia yang bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan peranan atau tidak semuanya bergantung kepada suasana proses kehidupan masing-masing.
Terdapat individu yang tidak mahu reflek diri, tidak mahu menambahkan pengetahuan diri dan tambahan pula seringkali suka bersangka-sangka (refuse to reflect or educate themselves and have the habit of assumption) golongan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keperatusan kompleks dunia ni. Ini baru sebahagian golongan belum lagi golongan dari kategori yang mempunyai personaliti Narsisisme (Narcissistic) dan sebagainya.
Namun secara hakikatnya dunia ini mempunyai golongan bersifat perosak yang sentiasa selesa untuk sakiti atau membahayakan orang sekeliling. Manakala individu depresi selalunya akan lebih mudah untuk terkesan kerana mereka ini bersifat sensitif, amat mengambil berat, peka dengan keadaan sekeliling. (Affected ones are usually with high level of sensitivity)
Terdapat juga situasi dimana individu yang membesar dan menjalani kehidupan dalam suasana yang tidak sihat atau suasana kehidupan yang begitu mencabar dalam usia kanak-kanak mahupun dewasa. Setiap orang mempunyai masalah dan isu dalaman tersendiri. Bagi sesetengah orang mereka mempunyai pengalaman tragedi gelap juga salah satu faktor yang membentuk keperibadian seseorang kerana mempunyai kesan yang kurang sihat yang berkemungkinan menjadi punca kepada trauma atau masalah yang belum selesai ‘unresolve matters’.
Setiap manusia akan ada perasaan dan emosi, sedih atau gembira, sakit atau marah, perasaan kecewa dan sebagainya. Perasaan adalah perkara ‘normal. Kadang kala bagi sesetengah orang yang mempunyai tahap depresi menjadi aktif hanya kerana suasana keadaan sekeliling yang tidak membantu keadaan mereka. Kejadian stress/trauma yang tidak disedari sudah terkumpul juga adalah antara puncanya, mereka tidak sedar apa punca stress/trauma yang dialami dalam hidupnya, ada yang tersimpan banyak sehingga boleh membahayakan. Oleh itu tidak mudah bagi individu yang mempunyai depresi aktif kerana mereka memerlukan semangat dan sokongan utk mencari solusi.
Ini belum lagi saya kupaskan mengenai trauma yang terjadi kepada kanak-kanak, trauma kronik seperti mangsa rogol, mangsa gangguan seksual dan sebagainya.
Bagi sesetengah kes yang mempunyai trauma yang terlalu banyak terkumpul sehingga individu tersebut tidak boleh ingat atau mengenalpasti sehingga mengakibatkan gangguan emosi tanpa diundang (triggers) yang tiada penyelesaian sehingga mengganggu mental (disrupt the mind).
Apabila sudah kronik ia dikategorikan dalam kepelbagaian seperti Split personality, Dissociated Identity disorder, Bipolar, Schizophrenia dan sebagainya. Kes kronik kebanyakannya bukan sekadar dari keadaan trauma yang tidak diselesaikan malahan ada diantaranya kes berkait rapat dengan keturunan iaitu ‘heredity/ inborn mental disorders’
Depresi boleh dikawal sama ada di peringkat awal, pertengahan dan terdapat juga kes kronik yang berjaya dikawal dan ditangani sekiranya setiap individu tahu cara mengendalikan stress dan trauma masing-masing dan juga mendapat sokongan, dokongan suasana sekeliling yang membantu proses ‘healing’ mereka. Namun akan ada segelintir yang tidak berjaya bukan kerana mereka tidak bersyukur dengan kehidupan tetapi cabaran yang lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai suasana yang tidak membantu berserta dengan trauma yang terkumpul sudah terlalu kompleks sehingga terbelit. Tidak dinafikan, terdapat juga segelintir individu yang tidak dapat menerima hakikat dengan punca trauma atau trauma yang mereka hadapi. Oleh itu ada yang terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk mengawal emosi, apabila terlalu sukar melakukan pengawalan tanpa bergantung kepada ubat-ubatan.
Asas mengubati depresi adalah dengan kesedaran diri (self realisation) kerana tanpa ini ianya agak sukar diperbaiki. Ini adalah kerana kekuatan gabungan kedua-dua fizikal dan roh adalah merupakan metafizikal utama yang banyak mempengaruhi tingkahlaku dan intelek seseorang manusia dalam menerima hakikat sesuatu isu, masalah atau trauma agar boleh diuruskan atau diselesaikan.
Proses mengenali trauma ini banyak melalui konfrontasi (confrontation) proses yang tidak mudah untuk dikendalikan. Sebab itu Ianya sesuai dilakukan bersama ahli terapi mahupun kaunselor untuk mengambil nota kaki agar setiap individu boleh mengendalikannya. Contoh penerimaan hakikat ini; jika seseorang mengalami gangguan emosi sejak dibuli, individu tersebut mengalami kesan-kesan trauma yang menjadi penakut, maka untuk hilang rasa takut individu tersebut perlu menerima hakikat trauma takut tersebut untuk menguruskan diri, membaiki kembali berani seperti kebiasaan.
Tidak dinafikan manusia akan ada kekuatan utk terus berjuang (endure) perasaan kompleks dan seringkali menyimpan perasaan trauma dalam diri, seorang diri. Tidak mahu menunjuk lemah dan perlu sentiasa kuat hadapi kehidupan, namun ini juga boleh menjadi punca kepada terkumpulnya banyak perasaan atau trauma yang tidak diselesaikan.
Pokoknya, sebaiknya setiap individu perlu mengenalpasti perasaan atau emosi yang dihadapi sudah benar-benar berakhir dan diselesaikan. Elakkan diri daripada terus menerus menyimpan, memendamkan sehingga menjadi bertimbun dan bercampur sehingga tidak boleh mengenali punca perasaan yang dipendamkan.
Jika mampu melakukan dengan sendiri boleh diteruskan dengan mengikuti aktiviti terapi yang memberi kesan baik dalam menguruskannya. Jika tidak individu yang mengalami depresi hendaklah berhati-hati kerana tidak semua rakan atau keluarga yang akan memahami proses untuk membantu mengupas atau mengendalikan keadaan individu yang mempunyai depresi. Oleh itu ramai orang perlu tahu apakah dan bilakah untuk mendapat bantuan melalui saluran yang betul.
Secara amnya, amat penting untuk memahami keperluan proses sesi bersama ahli terapi, kaunseling bersama kaunselor dan kaunseling bersama pakar psikiatri. Kesemuanya ini mempunyai fungsi dan tahap proses yang berbeza.
Kebanyakan ahli terapi, pakar personaliti, pakar kaunseling atau pakar kesihatan mental ramai menyatakan, perlu mengubah salah persepsi berkenaan masalah mental. Jika seseorang pergi ke kaunseling tidak bermakna dia seorang yang gila tapi yang sebenarnya emosi, perasaan, kejadian dalam hidup kita perlu diuruskan dengan baik. Setiap individu perlu mempelajari dan mendalami ilmu untuk mengurus emosi diri dan masalah perasaan ini amat penting. Tidak semua orang pandai menguruskan emosi, terutamanya setelah mengalami banyak kejadian trauma dan sebagainya.
Yang sebenarnya ada unsur yang amat membahayakan adalah golongan yang mempunyai personaliti perosak, merosakkan keselamatan emosi atau fizikal orang lain (harming- damaging) terhadap org sekeliling mereka tanpa mereka sedari atau secara sedar dan sengaja. Bagi golongan yang tidak sedar mereka secara langsung sedang melakukan kerosakkan terhadap orang sekeliling, adakalanya mereka tidak tahu apa mereka lakukan itu salah, ada juga yang sentiasa merasakan diri mereka sentiasa betul dan ada juga personaliti yang sememangnya jahat suka kepada buli, melihat orang lain sengsara dan sebagainya.
Ramai perlu memahami topik ini kerana sesiapa sahaja boleh tergolong dalam kategori yang terkesan tanpa sedar. Kebanyakan kita sudah seringkali terbiasa untuk tidak mengurus emosi dengan baik sehingga tersimpan banyak sehingga terkumpul banyak. Tanpa disedari emosi yg terkumpul itu telah mengakibatkan ‘triggers’ untuk mendapat emosi yang tidak terkawal.
Secara peribadi, saya merasakan sebahagian punca seseorang individu bersikap diluar sedar dalam menguruskan emosi dan perasaan adalah kurang pendedahan ilmu asas tentang ‘cognitive behaviour’ dan ‘personality trait’, kedua-dua ini amat perlu ditekankan dan perlu dipelajari oleh setiap individu. Ini kerana ramai org tidak mengenali cara untuk mengendalikan hubungan diantara satu dengan lain, sama ada untuk lebih mengenali ‘behaviour’ diri sendiri mahupun orang lain. Memahami ‘behaviours’ dan ‘traits’ ini akan membantu setiap individu berdepan dengan sebarang situasi atau mendepani personaliti perosak atau keadaan yang kompleks dan mencabar. Ianya Ilmu yang akan mempersiapkan diri seseorang untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang perbezaan dan rintangan kerana setiap individu mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza.
Selain daripada itu ilmu asas agama juga penting contohnya dalam Quran juga menitikberatkan melatih diri untuk bersabar walaupun pelbagai rintangan atau halangan, seterusnya walaupun susah perlu usaha untuk terus bersangka baik, menghormati perbezaan, bermuhasabah diri, baiki diri dan menjaga akhlak, menjaga pertuturan dan keperibadian diri agar elak menjadi perosak kepada keadaan sekeliling. (Have good self control and not harming our surroundings)
Selain daripada itu bagi saya, kemungkinan nama atau label kesihatan mental boleh menjadi punca stigma orang ramai. Mungkin ianya boleh diubah di panggil Pengurusan kesihatan emosi yang perlu ditekankan.
Jawapan saya ianya bergantung kepada kekuatan kendiri untuk mencari solusi dalam apa yang setiap individu hadapi. Ianya ‘a long life process’ memerlukan kesedaran, latihan, kepekaan dan keyakinan. Setiap individu yang melalui proses ‘healing’ ini perlu menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai konteks berkaitan psikologi, personaliti, tingkah-laku, mahupun trauma. Individu perlu rajin merujuk bahan kajian ilmuan yang diyakini dan aktiviti yang memberi kesan perubahan yang baik terhadap diri. Ini amat bergantung kepada keselesaan masing-masing.
Bagi diri saya, amalan pembacaan dan pemahaman Al Quran banyak membantu saya menambah kekuatan mental melalui naratif sejarah kisah kesemua Nabi-Nabi dan terutamanya Nabi Muhammad SAW.
Contohnya Nabi Muhammad SAW telah kehilangan bapa sebelum kelahiran baginda dan ibunya meninggal dunia ketika usia kanak-kanak, kemudian kehilangan datuk yang membesarkannya dan baginda perlu mengkuburkan 6 orang anaknya. Selain daripada itu terdapat cabaran lain yang pernah Baginda lalui sepanjang hidup yang banyak memberi pengajaran. Kisah cabaran emosi yang perlu dilalui Nabi dan sahabat ternyata diluar jangkaan akal fikiran namun ia memberi persediaan yang amat menenangkan saya.
Selain daripada proses memahami emosi yang wujud dalam Al Quran, pada ketika itu saya juga menemui keselesaan dengan amalan menulis diari yang saya panggil ‘life book’ secara konsisten setiap hari dan mencatit nota untuk mengenali ‘pattern’ yang wujud setiap kali menghadapi ‘triggers’ emosi tanpa diundang dan merujuk semula nota dan diari tersebut berkali-kali. ‘Life book’ ini juga boleh menjadi bahan rujukan mengenali diri sendiri, kerana kita lah penulisnya, kitalah yang menjadi penentu setiap permulaan diri bukan orang lain, ‘take charge’ kitalah pengurus arah dan langkahnya. Seterusnya dengan penglibatan aktiviti seni seperti menari, lakonan pentas, melukis telah banyak memberi impak yang membina buat diri saya untuk menajamkan diri mengenai emosi dan perasan sehingga saya berjaya melatih diri dan mengilhamkan metodologi untuk ‘self healing’ melalui proses gabungan seni dan pengalaman cabaran kehidupan saya. (Boleh rujuk di ruang blog bertajuk ‘feeling is knowledge’)
Kebiasaannya lebih banyak trauma, lebih banyak lah masa fokus diberikan untuk menyelesaikannya. Contohnya, saya telah memakan masa lebih kurang 20 tahun untuk proses ‘healing’. Ini kerana terdapat banyak insiden trauma yang bertimpa-timpa berlaku dalam kehidupan saya sewaktu kanak-kanak, remaja dan dewasa. Terlalu banyak ‘unresolve matters’ dimana terdapat beberapa insiden yang menyumbang kepada depresi saya. Saya menghadapi trigger & breakdown depresi yang yang besar hanya sebanyak 2 kali sepanjang hidup saya dan kedua-dua kali itu yang menyedarkan bahawa saya mempunyai depresi.
Saya amat bernasib baik kerana mempunyai seorang kawan yang merupakan seorang kaunselor dan beliau lah yang diagnose keadaan saya ketika itu. Kami merupakan ‘room mate’ ketika di universiti. Sewaktu belajar saya memang berminat dengan psikologi dan pernah menggabungkan psikologi dan filem dalam tesis dan kawan saya ni lah yang banyak berkongsi ilmu mengenai psikologi ketika saya menyiapkan tesis. Inilah kawan yang saya percaya untuk rujuk.
Disebabkan saya mempunyai semangat kebangkitan diri untuk mahu fahami situasi diri, saya terus menambahkan lagi pengetahuan Psikologi dengan bacaan untuk bantu diri sendiri. Dari situ lah kawan saya membantu saya dengan menghantarkan buku-buku tertentu untuk saya mulai ‘self healing’. Setelah melalui proses kesedaran dan ‘healing’ saya lebih jelas mengenali trauma yang wujud. Sepanjang hidup tanpa saya perasan rupa-rupanya ‘subconsciously’ trauma menjadi terkumpul.
Diantara trauma yang saya berjaya kenal pasti adalah merindui hubungan dengan bapa yang agak lama, gangguan seksual dari orang yang berbeza, kesusahan membaca dan kurang fahami pelajaran oleh sesetengah guru ketika bersekolah, sering disalah ertikan dalam situasi, pernah dipulaukan (cancel culture), sering gagal dalam perhubungan ditinggalkan dalam perhubungan dan pernah dicederakan ketika dirompak, tidak mendapat gaji setelah menyiapkan kerja freelance untuk beberapa kali dan beberapa lagi trauma lain.
Di akhir proses ‘self healing’ , ‘it makes sense’ semuanya menjadi jelas memberi logik mengapa saya mendapat breakdown trigger yang besar tersebut. Begitu banyak pengalaman pahit trauma yang berlaku dalam hidup saya dan bila ianya berkali-kali menimpa seseorang yang kuat menempuhinya akan boleh tersungkur apabila trauma berada di kemuncak.
Sama-sama kita renungkan peribahasa Jepun ini, ‘Fears is only as deep as the mind allows.’ Ketakutan hanya sedalam yang dibenarkan oleh fikiran. Manusia akan biasanya berasa takut dengan apa yang kita tidak ketahui (we would usually be afraid of the unknown) tapi manusia juga boleh menimba ilmu untuk lebih tahu apa yang dia tidak ketahui.
Secara kesimpulannya, kebarangkalian dan keperatusan untuk individu benar-benar ‘heal’ atau ‘survive’ depresi adalah tinggi sekiranya mempunyai kesedaran dan ilmu yang banyak untuk mengendalikan ‘self healing’ atau ‘heal’ melalui kaunseling. Bukan semua individu mampu melakukan ‘self healing’ di atas sebab-sebab tertentu kerana ianya banyak bergantung kepada personaliti dan kekuatan semangat seseorang tapi ianya tidak mustahil.
‘Self healing’ ini mempunyai banyak potensi, Ianya meluas dan bukan sekadar menyembuhkan diri dari segi pengurusan emosi dan perasaan sahaja. ‘Holistic healing’ Penyembuhan menyeluruh juga amat penting untuk kesejahteraan kehidupan seorang manusia. Diantara penyembuhan lain yang penting adalah menyembuhkan cara pemakanan kita. Bab pemilihan makanan juga banyak berkait rapat dengan isu chemical imbalance atau masalah hormon dalam tubuh badan kita yang boleh menyumbang kepada kesihatan emosi mahupun kesihatan fizikal tubuh badan. Mungkin jika berkesempatan, akan saya kongsikan secara khusus di blog akan datang.
Terima kasih kerana anda masih disini membaca penulisan saya. Saya berharap perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu dalam memberi pencerahan agar ramai lebih memahami dan dapat membezakan apakah ‘depression’ dan secara tidak langsung mengenali asas skop ‘traumas’ ‘emotions disorder’ ‘mental illness’. Dan yang paling penting sekali bagaimana seseorang sebenarnya mempunyai harapan untuk ‘prevent’ ‘reverse’ dan ‘survive’ daripada depresi.
Cabaran hidup ialah sebahagian dari perjalanan namun untuk memahami kehidupan adalah perjalanan yang sangat panjang kerana ilmu amat penting, mencari kebenaran dengan memahami punca untuk mencari solusi adalah suatu kebenaran dalam sesebuah kehidupan. Mungkin Inilah yang dinamakan pengalaman seorang manusia (I guess this what a human experience is). Tidak semua trauma boleh mendapat penutupan yang diidamkan (Not all traumas have an ideal closure) oleh itu amat mudah untuk kita menyalahi pihak lain namun proses ‘healing’ itu sendiri beerti menerima hakikat dan mendidik diri untuk tidak terus menyalahi dan mencari solusi pendamaian dalam diri keatas trauma yang dihadapi.
Apa jua pengalaman yang baik atau buruk, senang atau susah, kita tidak dapat menghentikan semua kerosakan atau kesilapan yang dilakukan oleh manusia lain, musibah yang mendatang atau kekurangan yang kita hadapi tapi kita sama-sama boleh memilih untuk menjadi solusi menjadi manusia yang baik, mengurus emosi, perasaan dengan terus menerus membaiki untuk kebaikan diri dan orang sekeliling kita. #bethechange #takecharge
“Medicine deals with the states of health and disease in the human body. It is a truism of philosophy that a complete knowledge of a thing can only be obtained by elucidating its causes and antecedents, provided, of course, such causes exist. In medicine it is, therefore, necessary that causes of both health and disease should be determined..” ~ Avicenna/ Ibn Sina
~Jika ada diantara pembaca penulisan ini mempunyai soalan atau memerlukan bantuan info lanjut berkenaan pusat kaunseling yang sesuai saya boleh kongsikan info bahagian kaunseling yang berdaftar. Manakala jika berminat untuk pertanyaan lanjut mengenai sesi ‘self healing’ – The Art Of Soulful Journey & Self Discovery anda boleh email kepada kedua dua email ini admin@mekkolupo.com | mekkolupo@gmail.com
Saya setuju dengan artikel ni, manusia boleh cenderung untuk tidak sedar dengan tindakan seharian, lebih-lebih lagi emosi. Semua orang pernah laluinya. Sama ada kita kategori yang peka atau sesuka hati tersakiti orang lain. Memang lah ‘be yourself’ tapi ‘be yourself’ yang macam mana tu? Be yourself secara selfish pun ramai.
Terima kasih Encik Zamri kerana memberi komen yang menarik.
Tindak tanduk kita sebagai manusia tidak lari dari tersilap kata atau tersilap cara, Semoga kita semua lebih berhati-hati dan menjadi manusia yang peka dan menjaga tutur kata dan cara yang lebih baik amiiin.